Assalamualaikum...
Rasanya semua dah tahu kan Pantai Timur sekarang ni dilanda banjir besar atau bah di beberapa tempat. Me nak share pengalaman kawan me yang berasal dari Setiu Terengganu.
Menurut beliau paras air meningkat sampai paras lutut setakat pagi ni. Banyak barang yang tenggelam dan tak dapat diselamatkan. Hanya beberapa barang penting je selamat. Tu pun nasib ayah beliau sempat buat para untuk simpan barang di tempat yang tinggi.
Diharap semua ahli keluarga beliau selamat dan sabar menerima dugaan ni.
Ni gambar yang kawan me share. Keadaan ruang tamu rumah beliau.
![]() |
Air dah naik sampai dalam rumah |
![]() |
Terpaksa naik sampan |
Tips Hadapi Banjir
1. Alert dengan pengumuman tentang banjir. Boleh cek sini Portal Bencana
2. Simpan dokumen penting di tempat yang selamat dan mudah dicapai apabila diarahkan pindah
3. Tutup suis utama elektrik bagi mengelakkan berlakunya litar pintas
4. Pindahkan barang-barang/perabot-perabot di tempat yang tinggi
5. Sediakan bekalan makanan, ubatan dan lain-lain keperluan secukupnya. Risau terputus bekalan pulak nanti.
note: jom sama-sama doakan untuk Pantai Timur
6 comments:
moga dipermudahkan segala urusan kawan mira tu. aminnn
pray for pantai timur
@cikkyra blogspot amin..terima kasih doakan
@Nurzakiah Hanum moga mereka kuat dan sabar terima dugaan ni
Semoga diberi kemudahan hendaknya. Doa yg terbaik untuk saudara mara kita di sana
Semoga dipermudahkan semuanya.. kampung saya pun banjir.. agak besar.. sekolah pun tenggelam..cuti 2 hari
Post a Comment