Monday 9 January 2017

Gua Jepun dan Gunung Baling

Assalamualaikum..

Hujung minggu lepas korang pergi mana? Me bercuti di Baling Kedah. Unplanned yet worth vacation.

Lepas balik kerja terus gerak ke Baling. Malam tu sampai ingat nak terus ke pasar malam Baling. Tak tahu lah kenapa my husband suka sangat ke pasar malam Baling. Mungkin ada macam2 jenis kuih kot. Tapi bila check in hotel, receptionist tu cakap esok baru ada pasar malam. 

Kami stay di hotel Bayu. Sekali dengan breakfast. So ok lah. Senang dan jimat. Hehehe

Pagi esok husband ajak panjat Gunung Baling. Tapi me malas sebab xde proper shoe (unplanned vacation kan). 

So me suggest pergi Gua Jepun je. Bila kami sampai sana excited nak masuk gua. Sekali..gua dikunci. Boleh ambil gambar je lah.


Dataran Gua Jepun
Nak bergambar depan dataran Gua Jepun ni kena panjat tangga dulu. Hati2 ye..agak curam jugak. Dan risau kalau tangga besi tu dah berkarat ke..sebab macam jarang digunakan

Muka frust sebab gua dikunci
Disebabkan gua dikunci, kami panjat jugak Gunung Baling. Kami naik gunung dah dekat nak tengah hari. Tapi nasib baik masih ramai orang. Taklah risau sangat kalau2 takde orang atas puncak nanti.


Kena masuk celah batu untuk ke puncak

Trek untuk mendaki pada awalnya biasa saja. Tanah merah dan kita akan selisih dengan ramai pendaki. Ada yang mendaki sorang2. Jadi me kira trek pendakian agak selamat. Budak sekolah pun ada yang naik taw.

Semakin jauh pendakian, jalan semakin sukar tapi rasanya tidaklah sesukar mana bagi yang biasa mendaki. Bagi yang baru menjinakkan diri untuk mendaki gunung rasanya agak semput jugaklah. 

Sebab kita akan melalui jalan yang curam, lecak dan licin (proper shoe amatlah penting untuk elak dari tergelincir). Jangan jadi macam me, Hentam je kasut yang ada. Tergelincir pun paut husband kat tepi. Nasib ada hero. Hahaha

Bila hampir tiba di puncak, kita akan melalui jalan2 yang curam dan berbatu2. Sampaikan ada yang kena melalui celah2 batu untuk ke puncak

Tengah hari baru sampai puncak. Banyak kali jugak berhenti rehat. Dah lama tak mendaki..memang cepat semput.

Muka penat. Baru sampai puncak gunung

Tunjuk apa lah tu

Bergambar di puncak. Nampak tak gunung tu? Orang cakap tu gunung Pulai. Maybe next??
Me nasihatkan, untuk yang teringin nak mendaki tu, prepare lah roti awal2 ye.,sebab bila sampai puncak perut akan berdondang sayang. Lepas je ambil gambar dan berhenti rehat, kami terus turun dan cari makan. Lupa nama kedai apa. Tapi kedai ikan bakar ni agak famous di Baling.

Makan tengah hari
Jom share rancangan hujung minggu korang. Boleh jadikan idea untuk next hujung minggu kan

5 comments:

Ana Fatihah said...

Bestnyaaa. Rindu nak hiking. :)

Ana Suhana said...

Cantik view atas tue :)

Unknown said...

@Ana Fatihah kalau dah teringin kena hiking balik tu..hihi

Unknown said...

@Ana Suhana cantik kak..hilang penat panjat gunung bila dah ada kat atas tu..cuba lah skalo..hehe

Irdi Tour Bandung said...

Assalamualaikum wr.wb
Salam abang/akak Tuan puan, Jom gi Bandung kami Irdi Tour Bandung dengan harga percutian kat bandung yang sangat jimat.Pakej bercuti

Pakej 1 transfort and hotel = Rm 170 ( 6 Person ) 3D 2N [per pax]
pakej 2 pakej ground= Rm 240 ( 12 Person ) 3D 2N [per pax]
*Include : Minyak, Parking free, Tol, Driver and kereta
*Exclude : Entrance free ke tempat-tempat Pelancongan untuk persons dan kereta.

Apa yg menarik dari kami?, time nak balik baru bayar. Jadi tak perlu risau kena tipu. 😊
Harga sewa Kereta per Day :

# Suzuki APV/ Toyota Avanza
Rate: IDR 299.000
# Toyota Inova/ Nissan Evalia/ Daihatsu Luxio
Rate: IDR 300.000
# Coaster Isuzu Elf Short [11-12 seat]
Rate: IDR 600.000
# Coaster Isuzu Elf Long [19 seat]
Rate: IDR 750.000
# Toyota Hiace Commuter [15 seat]
Rate: IDR 850.000

Untuk tempat lawatan boleh ikut tentatif program yang sudah di sediakan atau ikut plan sendiri.
Harga yang kami tawarkan pun boleh kira jimat sangat dan berbaloi.
Bila berminat boleh berurusan dengan saya melalui :

Whatsapp: +6281214741600
FB Syarikat: Irdi wati
Fanspage: Irdi Tour Bandung
Email: irditourbandung@gmail.com
Blog: www.keretamurahpelancongan.blogspot.com

Habiskan masa terbaik tuan/puan abang dan kakak disini dengan harga jimat, Kami bisa hantarkan untuk berpusing pusing dengan harga jimat dan service bintang 5 tuan/puan bisa bersenang senang menikmati cantik nya kota bandung Facebook Irdi Tour Bandung amat mengalu-alukan kedatangan Tuan / Puan.

Wasalamualaikum wr.wb

Post a Comment