Wednesday 28 December 2016

BUSINESS | Chocolate Bouquet

Assalamualaikum..

Hari ni me nak share dengan semua pasal bisnes yang me dah buat and sedang buat. Kiranya part time business selain dari kerja me sekarang ni.

Pernah dengar chocolate bouquet?? Yang tengah meletop sekarang ni. Yang orang bagi something untuk surprisekan orang tu...😍

Me buat bisnes ni dengan kawan satu office (Miss Nina). Kiranya Miss Nina ni business partner me la (Miss Mira) 😊

By the way..kalau korang nak surprisekan orang tersayang boleh call atau whatsapp kami ye.




PERINGATAN!!

Kami cover Penang dan Perak Utara sahaja ye...😃

Antara chocolate bouquet gubahan kami










Jangan lupa like page kami di facebook: miss bouquet dan IG: miss.bouquet 😄

Tuesday 27 December 2016

MOVIE | The Curse of Sleeping Beauty

Assalamualaikum...

Semalam me dan husband tengok wayang. Movie terbaru "The Curse of Sleeping Beauty".




At first, me ingatkan movie ni sama macam cerita fantasi kanak-kanak sleeping beauty tu cuma di olah balik. Rupanya cerita hantu kauuuu...ada spirits, iblis dan jin bagai.

Bagi me, cerita ni tak lah menarik sangat, mungkin sebab beyond expectation (ye lah..me ingatkan cerita romantik ala2 princess macam tu..sekali tertipu pulak). 




Cerita ni dilakonkan oleh Ethan Peck (Thomas Kaiser) seorang pelukis yang menerima warisan harta pusaka berupa rumah agam milik keluarganya. Start tu lah macam2 dugaan si Thomas ni terima termasuklah bermimpi dan berjumpa dengan jin/syaitan. Masa ni jugak lah dia berjumpa dengan Linda (ejen hartanah) dilakonkan oleh Natalie Hall dan Richard (Paderi Paranormal) dilakonkan oleh Bruce Davison. Dengan ini bermulalah perjalanan mereka untuk merungkai misteri rumah agam tu. 

 Nak tahu lebih sila tonton cerita ni ye..nanti tak best lah kalau dah taw jalan cerita..ye takkk???

Monday 26 December 2016

Segmen Pencarian Bloglist 2017 Blog Cik Zue

Assalamualaikum...
Me join segment "Pencarian Bloglist 2017 Blog Cik Zue" pulak...untuk menambahkan kenalan..😊
Jom sama-sama join..klik banner ye

Zoo Taiping

Assalamualaikum..

Cuti Krismas ni korang semua bercuti kat mana? Mesti ramai yang plan untuk bercuti panjang kan.
Memandangkan sekarang ni cuti sekolah. 

Me dan husband jalan-jalan di Zoo Taiping je. Nasib baik cuaca baik. Tak panas sangat. Seronok nak jalan-jalan tengok haiwan.






Harga Tiket masuk terkini 2016. Kami dapat diskaun 20% sebab husband me orang Perak. Beli guna IC dia..hehe
















Jom share korang bercuti kat mana...

Wednesday 21 December 2016

Blogwalking CUTI SEKOLAH bersama Cikgu Ayu


Assalamualaikum...





Klik banner kalau nak join







Blog List Tahun 2017



Assalamualaikum...

Jom join segment ni. Klik gambar kalau nak join taw








7 Hari Mencintaiku

Assalamualaikum..


Gambar dari Mr G

Me bukan nak share sinopsis novel 7 hari mencintaiku..tapi nak share kesan novel karya Siti Rosmizah atau drama adaptasi novel ni terhadap me.

Masa mula-mula drama ni ditayangkan di TV3 me tak layan pun..tengok pun on off je.
Tapi bila dah nak dekat ending ni me tertarik plak dengan cerita ni. Ni semua sebab kawan me kat office yang duk cerita and share pasal drama ni. Terus melekat dengan cerita ni...kiranya berhantu jugak lah cerita ni ye...hehe

Dulu me pernah baca novel ni..pinjam dengan kawan je. Tapi sebab tebal sangat me baca suku je...pastu pulangkan balik kat kawan.

Bila dah dibuat drama ni..me cuba cari balik novel ni kat kedai buku tapi tak de...hebat penangan karya Siti Rosmizah ni.

Ok..dah cukup muqqadimah ye...me nak bagi taw 7 hari mencintaiku ni memang best...buat me menangis je. Me tengok online je. Ada satu hari tu..me tengok malam..sorang2..nangis syahdu me sorang2 malam tu.



Gambar dari Mr G


Tak cukup dengan drama...me layan novel plak...ada orang share halaman2 terakhir 7 hari mencintaiku kat dalam fb. Me dan kawan me layan baca novel tu kat office. Sampai nangis2 kitorang...nasib baik meja kami berdua kat hujung. Tak de sape perasan..hihi

Ok lah nak bagi taw 7 hari mencintaiku memang best...tak rugi layan..hehe..

Tahniah dan syabas diucapkan pada penulis novel ni...novel yang sangat menyentuh perasaan

Monday 19 December 2016

Cuti-cuti Bandung

Assalamualaikum

Cuti maulidur rasul hari tu me pergi ke Bandung berdua dengan dia (my husband)..cuti-cuti tengok tempat orang la kiranya

Kami pergi last minute punya plan. Passport pun baru bulan lepas buat..then cari tiket. So kami dapat tiket memang mahal...maybe sebab long weekend

Sebabkan nak pergi jugak kami redah je la

Me nak share itinerary ke Bandung buat panduan me dan sape-sape yang nak ke Bandung tu. Moga ada manfaat pada yang memerlukan :-)

By the way kami ke sana 5 hari 4 malam

1. Passport

Passport kami berdua terpaksa renew baru..jadi melayang RM400 (utk 2 orang).
Kami renew passport kat UTC je

2. Supir = RP 800 000/ RM 256.65

Supir ni me cari last minute jugak...survey kat google dan facebook je.
Baca komen-komen yang dah pernah guna servis diorang.
Ada la wasap beberapa orang supir end up pilih supir dari hayukka bandoeng. Sebabnya..lagi murah..hehe..nak jimat cermat la kononnya
Lupa  nak bagi tahu...kami upah supir untuk 2 hari je..
1 hari masa kami mula-mula sampai (x perlu cari teksi & paling penting sampai2 je ada orang pick up) dan 1 hari lagi pulak untuk esoknya.



supir kami untuk 2 hari

3. Penginapan 

Me cari awal-awal thru booking.com. Jadi tak perlu nak kelam kabut bila sampai sana dan off course la booking awal dapat murah.
Me booking 2 hotel sebab lagi murah macam ni. Kira total utk 2 hotel sepanjang kami kat sana tak sampai RM400 pun. Tapi bila cari 1 hotel untuk 5 hari 4 malam sangatlah mahal. Semuanya RM400 ke atas.
Kononnya hari pertama hingga hari ketiga nak duk jauh dari bandar. Sebab fikirkan dah upah supir nanti supir boleh ambil dan hantar.

Tapi me silap..rupanya me booking hotel di tengah bandar untuk hari pertama hingga hari ketiga...so kami rugi sikit lah sebab hari ketiga(petang) hingga hari kelima kami book hotel jauh dari bandar. Terpaksa sewa teksi utk bergerak. (Nantikan detail pasal teksi di next part)

p/s: sangat penting kita buat research dulu sebelum terbang...jgn jadi macam me ye ;-)

Senarai hotel yang kami tinggal sepanjang kat sana

1. Redoorz near rumah mode (3d2n) = RM148/RP450k

Menurut supir kami redoorz ni merujuk pada guesthouse. Harga RM148 tu untuk 3 hari 2 malam ye. Murah kan. Tapi takde breakfast & water heater.


Hotel Kami (ihsan google)

Bilik Kami (ihsan google). Sebijik kami dapat macam ni


2. Sweet Karina Hotel (3d2n) with breakfast = RM229/RP696k

Sweet Karina Hotel ni terletak di jalan Babakan Jeruk (boleh google kalau rajin). RM229 untuk 3 hari 2 malam termasuk breakfast. Hotel 3 bintang tapi terletak dalam kawasan perumahan. Agak jauh dari 
bandar. Tapi lebih kurang 15minit jalan kaki ke Bandung Trade Center


Hotel Kami (ihsan google)
Bilik Kami (ihsan google) Sebijik kami dapat macam ni

Sekian dulu cerita preparation kami ke sana. InsyaAllah ada kelapangan me akan update kisah kami kat sana

Come Back!!!

Assalamualaikum

Terasa nak buat come back dalam dunia blogger plak (macam come back album lagu plak)

Dulu dah penah ada blog tapi lupa password dan email (sayang wooooo)

Terpaksa buat baru & here I am..moga me istiqamah dalam dunia blog ni