Tuesday 27 December 2016

MOVIE | The Curse of Sleeping Beauty

Assalamualaikum...

Semalam me dan husband tengok wayang. Movie terbaru "The Curse of Sleeping Beauty".




At first, me ingatkan movie ni sama macam cerita fantasi kanak-kanak sleeping beauty tu cuma di olah balik. Rupanya cerita hantu kauuuu...ada spirits, iblis dan jin bagai.

Bagi me, cerita ni tak lah menarik sangat, mungkin sebab beyond expectation (ye lah..me ingatkan cerita romantik ala2 princess macam tu..sekali tertipu pulak). 




Cerita ni dilakonkan oleh Ethan Peck (Thomas Kaiser) seorang pelukis yang menerima warisan harta pusaka berupa rumah agam milik keluarganya. Start tu lah macam2 dugaan si Thomas ni terima termasuklah bermimpi dan berjumpa dengan jin/syaitan. Masa ni jugak lah dia berjumpa dengan Linda (ejen hartanah) dilakonkan oleh Natalie Hall dan Richard (Paderi Paranormal) dilakonkan oleh Bruce Davison. Dengan ini bermulalah perjalanan mereka untuk merungkai misteri rumah agam tu. 

 Nak tahu lebih sila tonton cerita ni ye..nanti tak best lah kalau dah taw jalan cerita..ye takkk???

0 comments:

Post a Comment