Tuesday 17 January 2017

1st GA by BAJETciputseleraBESAR

Assalamualaikum

Join givaway by kak Ana Suhana..
Ni 1st GA me join taw
Moga ada rezeki..souvenir dari Korea tuu..hehe


Jom sama-sama join..boleh kli banner ye



Char Kuey Teow Gear Box

Assalamualaikum

Semalam me dan husband keluar nak lepak2..pastu terjumpa kedai baru buka di Parit Buntar.
Kami pun terus masuk nak cuba menu menarik kedai diorang ni.

Pernah dengar char kuey teow gearbox?? Me pun pertama kali mencuba

Char Kuey Teow Gearbox dan Mangga Susu

Ada macam-macam menu yang disediakan tapi kami hanya mencuba char kuey teow gearbox lembu sahaja.

Bagi me, char kuey teow dia tak lah sedap sangat. Biasa2 je. Tapi gearbox diorang memang besar dan penuh 1 pinggan. Boleh makan 2 orang taw.

Minuman pulak kami pilih mangga susu. Mangga ni diorang blend dengan ais dan dicampur dengan nata de coco sikit. Macam milk shake gitu. Tapi memang sedap dan gelas besar taw. Recommended sangat.

Close up char kuey teow gearbox

Antara menu yang menarik perhatian dan lain dari yang lain ialah mee kuah gearbox, mee kuah perut, nasi daging dan macam-macam lagi lah..Kena pergi sendiri baru lah tahu kan.

Gearbox diorang pun ada 2 jenis..gearbox lembu dan gearbox kambing. 

Nanti kalau korang singgah ke Parit Buntar, boleh lah cuba makan kat Lavender Cafe. Nanti waze/google je Pejabat Pendaftaran Parit Buntar. Kedai diorang terletak betul2 tepi pejabat pendaftaran tu.


Monday 9 January 2017

Gua Jepun dan Gunung Baling

Assalamualaikum..

Hujung minggu lepas korang pergi mana? Me bercuti di Baling Kedah. Unplanned yet worth vacation.

Lepas balik kerja terus gerak ke Baling. Malam tu sampai ingat nak terus ke pasar malam Baling. Tak tahu lah kenapa my husband suka sangat ke pasar malam Baling. Mungkin ada macam2 jenis kuih kot. Tapi bila check in hotel, receptionist tu cakap esok baru ada pasar malam. 

Kami stay di hotel Bayu. Sekali dengan breakfast. So ok lah. Senang dan jimat. Hehehe

Pagi esok husband ajak panjat Gunung Baling. Tapi me malas sebab xde proper shoe (unplanned vacation kan). 

So me suggest pergi Gua Jepun je. Bila kami sampai sana excited nak masuk gua. Sekali..gua dikunci. Boleh ambil gambar je lah.


Dataran Gua Jepun
Nak bergambar depan dataran Gua Jepun ni kena panjat tangga dulu. Hati2 ye..agak curam jugak. Dan risau kalau tangga besi tu dah berkarat ke..sebab macam jarang digunakan

Muka frust sebab gua dikunci
Disebabkan gua dikunci, kami panjat jugak Gunung Baling. Kami naik gunung dah dekat nak tengah hari. Tapi nasib baik masih ramai orang. Taklah risau sangat kalau2 takde orang atas puncak nanti.


Kena masuk celah batu untuk ke puncak

Trek untuk mendaki pada awalnya biasa saja. Tanah merah dan kita akan selisih dengan ramai pendaki. Ada yang mendaki sorang2. Jadi me kira trek pendakian agak selamat. Budak sekolah pun ada yang naik taw.

Semakin jauh pendakian, jalan semakin sukar tapi rasanya tidaklah sesukar mana bagi yang biasa mendaki. Bagi yang baru menjinakkan diri untuk mendaki gunung rasanya agak semput jugaklah. 

Sebab kita akan melalui jalan yang curam, lecak dan licin (proper shoe amatlah penting untuk elak dari tergelincir). Jangan jadi macam me, Hentam je kasut yang ada. Tergelincir pun paut husband kat tepi. Nasib ada hero. Hahaha

Bila hampir tiba di puncak, kita akan melalui jalan2 yang curam dan berbatu2. Sampaikan ada yang kena melalui celah2 batu untuk ke puncak

Tengah hari baru sampai puncak. Banyak kali jugak berhenti rehat. Dah lama tak mendaki..memang cepat semput.

Muka penat. Baru sampai puncak gunung

Tunjuk apa lah tu

Bergambar di puncak. Nampak tak gunung tu? Orang cakap tu gunung Pulai. Maybe next??
Me nasihatkan, untuk yang teringin nak mendaki tu, prepare lah roti awal2 ye.,sebab bila sampai puncak perut akan berdondang sayang. Lepas je ambil gambar dan berhenti rehat, kami terus turun dan cari makan. Lupa nama kedai apa. Tapi kedai ikan bakar ni agak famous di Baling.

Makan tengah hari
Jom share rancangan hujung minggu korang. Boleh jadikan idea untuk next hujung minggu kan

Thursday 5 January 2017

Jumaat Pertama

Assalamualaikum...



Hari ini 6 January 2017
Hari ini Hari Jumaat Pertama bagi 2017
.
.
.
Semoga tahun ini tahun yang lebih baik dari tahun-tahun yang lepas

Semoga tahun ini tahun yang membawa seribu kebaikan buat kita

Semoga tahun ini kita ditemukan dengan orang yang baik2

Semoga kita semua di dalam rahmat dan kasih sayangNya selalu


BUSINESS | Kenapa Chocolate Bouquet?

Assalamualaikum..

Me ingat setiap hari Khamis nak buat segmen untuk business me lah. Kiranya setiap hari Khamis me akan cerita tentang produk me, tips business, kebaikan business dan segalanya tentang business lah.

Hari ni me nak share dengan semua tentang kenapa me buat business ni..SURPRISE CHOCOLATE BOUQUET

Sebenarnya sebelum mulakan dengan chocolate bouquet ni, me pernah jual telekung. Tapi disebabkan stok selalau tak de kat supplier, jadi me pun stop jual telekung.

Ni lah telekung yang me jual dulu. 

Ok, berbalik pada soalan tadi..macam mana me boleh terjebak dengan jual coklat dan bunga ni..hehe..

Sebenarnya, idea ni muncul dari partner me..Miss Nina. Dia panggil me then utarakan pendapat dia then ajak buat business sama-sama.

Dalam masa yang sama, me pun memang ada terfikir nak buat business jugak. Terfikir idea yang sama jugak. Cuma masa tu me fikir nak buat sorang-sorang.


Alang-alang orang dah ajak..kita kongsi modal la kan. Jimat..hehe. Promosi dan pengiklanan pun meluas. Sebabnya Miss Nina cover Penang dan me cover Perak Utara.

Tapi bila kami dah start tu, ada  sorang kawan kami pun nak join. Tapi nak kongsi modal je. Me pun dengan baik hati say YES. But komitmen dari beliau tak begitu memberangsangkan. Then dia tarik diri tinggal lah kami berdua.




Begitulah alkisahnya sejarah kewujudan "miss bouquet" 😄 Next, me kongsikan tips ber"business" dengan partner/kawan pulak ye

note: 
Surprise Chocolate Bouquet Penang dan Perak Utara.
Facebook: miss bouquet
IG: miss.bouquet

Tuesday 3 January 2017

SEGMENT: FOLLOWER MENINGKAT DENGAN MUDAH

Assalamualaikum...

Join segmen Cik nurul pulak..jom join sama-sama..klik je gambar kat bawah ni





Doakan Pantai Timur

Assalamualaikum...

Rasanya semua dah tahu kan Pantai Timur sekarang ni dilanda banjir besar atau bah di beberapa tempat. Me nak share pengalaman kawan me yang berasal dari Setiu Terengganu. 





Menurut beliau paras air meningkat sampai paras lutut setakat pagi ni. Banyak barang yang tenggelam dan tak dapat diselamatkan. Hanya beberapa barang penting je selamat. Tu pun nasib ayah beliau sempat buat para untuk simpan barang di tempat yang tinggi.

Diharap semua ahli keluarga beliau selamat dan sabar menerima dugaan ni. 

Ni gambar yang kawan me share. Keadaan ruang tamu rumah beliau.


Air dah naik sampai dalam rumah

Terpaksa naik sampan

Tips Hadapi Banjir

1. Alert dengan pengumuman tentang banjir. Boleh cek sini Portal Bencana
2. Simpan dokumen penting di tempat yang selamat dan mudah dicapai apabila diarahkan pindah
3. Tutup suis utama elektrik bagi mengelakkan berlakunya litar pintas
4. Pindahkan barang-barang/perabot-perabot di tempat yang tinggi
5. Sediakan bekalan makanan, ubatan dan lain-lain keperluan secukupnya. Risau terputus bekalan pulak nanti. 


note: jom sama-sama doakan untuk Pantai Timur

Monday 2 January 2017

Pemenang Segmen Bloglist Tahun Baru 2017

Assalamualaikum

Alhamdulillah blog me tersenarai dalam senarai pemenang "Segmen Bloglist Tahun Baru 2017" by Zafirah

Terima kasih Zafirah sebab buat segmen ni..boleh la berkenalan dengan blogger2 lain

Terharu dan gembira...(over plak..hahah..hey..I'm newbie here..I think I have the right to feel like this..am I??)

Jom scrol senarai nama pemenang..sambil2 tu boleh blogwalking 😃


Klik gambar untuk senarai nama


See...my name over there...
p/s: Zafirah..saya pinjam gambar awk ye..