Tuesday, 17 January 2017

1st GA by BAJETciputseleraBESAR

Assalamualaikum

Join givaway by kak Ana Suhana..
Ni 1st GA me join taw
Moga ada rezeki..souvenir dari Korea tuu..hehe


Jom sama-sama join..boleh kli banner ye



Char Kuey Teow Gear Box

Assalamualaikum

Semalam me dan husband keluar nak lepak2..pastu terjumpa kedai baru buka di Parit Buntar.
Kami pun terus masuk nak cuba menu menarik kedai diorang ni.

Pernah dengar char kuey teow gearbox?? Me pun pertama kali mencuba

Char Kuey Teow Gearbox dan Mangga Susu

Ada macam-macam menu yang disediakan tapi kami hanya mencuba char kuey teow gearbox lembu sahaja.

Bagi me, char kuey teow dia tak lah sedap sangat. Biasa2 je. Tapi gearbox diorang memang besar dan penuh 1 pinggan. Boleh makan 2 orang taw.

Minuman pulak kami pilih mangga susu. Mangga ni diorang blend dengan ais dan dicampur dengan nata de coco sikit. Macam milk shake gitu. Tapi memang sedap dan gelas besar taw. Recommended sangat.

Close up char kuey teow gearbox

Antara menu yang menarik perhatian dan lain dari yang lain ialah mee kuah gearbox, mee kuah perut, nasi daging dan macam-macam lagi lah..Kena pergi sendiri baru lah tahu kan.

Gearbox diorang pun ada 2 jenis..gearbox lembu dan gearbox kambing. 

Nanti kalau korang singgah ke Parit Buntar, boleh lah cuba makan kat Lavender Cafe. Nanti waze/google je Pejabat Pendaftaran Parit Buntar. Kedai diorang terletak betul2 tepi pejabat pendaftaran tu.